RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Fasa dan isi pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Alat/KBT/Nilai
|
Fasa 1 : Set Induksi
(5 minit)
Soalan:
Apakah
yang anda nampak dan faham tentang video tersebut?
Jangkaan
jawapan pelajar:
1. Pantun
2. Lagu
|
- Guru menunjukkan video lagu pantun kanak-kanak kepada murid.
- Guru menyuruh pelajar menyatakan pandangan dan pemahaman mereka melalui
video tersebut.
- Seterusnya,
guru mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pembelajaran.
|
ABM: Video lagu pantun kanak-kanak
|
Fasa 2 : Pencetusan Idea
(10 minit)
Soalan:
Faktor-faktor
masyarakat tidak mengamalkan pantun dalam kehidupan seharian
Jangkaan
jawapan pelajar:
1. Sikap malas
2. Sibuk dengan urusan atau kerja
3. Kurang didikan tentang pantun
|
- Pelajar
menyatakan pemahaman mereka tentang pantun
- Guru
menunjukkan pantun2 yang terdapat dalam lagu pantun kanak-kanak itu tadi.
- Guru
menerangkan serba sedikit tentangpatun.
- Kemudian,
guru meminta pelajar berkongsi pengalaman mereka berkaitan tentang pantun
- Pelajar
diminta menyatakan faktor-faktor mengapa masyarakat hari ini tidak
mengamalkan pantun dalam kehidupan seharian.
|
ABM: Gambar tentang pantun kanak-kanak (slide)
|
Fasa 3 : Penstrukturan Semula
(10 minit)
|
- Pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Guru akan menayangkan
video lagu pantun kanak-kanak.
- Setiap
kumpulan diminta untuk mengenal pasti nilai yang terdapat dalam pantun
tersebut.
- Guru
membimbing pelajar dalam memberikan pendapat.
|
ABM: Video lagu pantun kanak-kanak (ikan kekek)
|
Fasa 4 : Aplikasi Idea
(10 minit)
|
- Guru
menayangkan video pendek kepada para pelajar.
- Guru
menunjukkan pantun kanak-kanak kepada para pelajar
- Para pelajar
diminta untuk menyuaipadankan pantun tersebut dengan video yang ditunjukkan
- Setiap
kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membentangkan jawapan mereka.
- Guru meminta
pendapat dan komen pelajar lain.
- Guru meminta
pelajar menyatakan pendapat dan ulasan.
|
ABM: kertas A4, pen marker.
Kaedah: Perbincangan kumpulan dan pembentangan
|
Fasa 5 : Refleksi (penutup)
(4 minit)
Merumus
dan membuat kesimpulan untuk isi pelajaran.
|
- Guru meminta pelajar membuat rumusan mengenai
pembelajaran pada hari tersebut.
- Berdasarkan pendapat pelajar, guru menyimpulkan topik
pengajaran.
|
|
No comments:
Post a Comment