Thursday, 27 February 2014

Pantun

Definisi Pantun

-Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. 
-Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. 
-Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. 
-Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
-Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. 
-Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.


Contoh Pantun Dua Kerat:

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok dibalik tiang,

Ayam berkokok alamat nak siang.


Contoh Pantun Empat Kerat:


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Sahabat sejati sahabat setia,
Ikhlas bersahabat membawa berkat,
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat.


Contoh Pantun Enam Kerat:

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.