Monday, 14 April 2014

Selamat Bersua Kembali

Assalamualaikum w.b.t.


Tujuan blog ini dicipta adalah demi memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada setiap pelajar supaya ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

NILAI

Definisi Nilai

-Segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, berdarjat, bertaraf atau elok   yang harus dijadikan contoh dan teladan.
-Tidak dapat diukur.
-Berdasarkan tingkahlaku seseorang.

Dalam nilai, ia berfungsi sebagai:

  1. Membantu ibu bapa
  2. Membantu orang dalam kesusahan
  3. Bergotong-royong
  4. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan
  5. Ikhlas dalam menjalankan tugas-tugas
  6. Menghasilkan perkhidmatan yanag bermutu
  7. Melatih diri dengan disiplin
  8. Menjalankan amanah dengan dedikasi

Video Rasa Sayang


Menceritakan tentang pantun budi. Orang yang berbudi dengan kita, kita akan sentiasa ingin. Begitu juga orang lain, budi yang baik akan selalu dikenang orang walaupun pada akhirnya kita telah tiada di atas dunia ini.
Nilai yang seterusnya ialah sentiasa merendah diri. Hal ini kerana jika kita tidak tahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, jangan pula kita malu untuk meminta tunjuk ajar daripada orang yang lebih mahir dalam pekerjaan tersebut. Jangan pula kita diibaratkan seperti bodoh sombong.
Selalu memohon maaf adalah nilai yang terdapat dalam video ini. Hal ini kerana, dalam pada kita melakukan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak menyedari perbuatan yang kita lakukan itu telah mengguris hati orang lain. Hal ini melatih kita supaya selalu meminta maaf dan memaafkan orang lain. Hal ini dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kita.

Video Ikan Kekek


Sentiasa mengenang budi. Hal ini kerana kita ssentiasa dituntut untuk selalu mengingati budi baik yang telah dicurahkan. Menjadi lumrah jika seseorang itu telah berbudi kepada kita, pasti kita akan selalu mengingati dia. Oleh yang dimikian, jangan pula nanti kita dianggap seperti ‘kacang lupakan kulit’.
Nilai seterusnya ialah kasih sayang. Ramai antara kita tidak tahu menghargai erti sebuah kasih sayang. Dan ramai juga yang tidak tahu dari mana kasih sayang itu wujud.

Video anak Itik Tok Wi


Nilai yang terdapat dalam video adalah menjadi orang yang berguna. Sebagai seorang anak, kita perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. Terutamanya ibu dan bapa. Benarlah dikatakan orang. Restu Allah datangnya daripada restu ibu dan bapa. Jadilah seorang anak yang tahu menjaga nama baik dan air muka ibu dan ayah.
Berpegang teguh dengan agama merupakan nilai lain. Hal ini kerana agama merupakan tiang kehidupan. Tanpa agama, kehidupan kita akan menjadi huru-hara dan tidak menentu. Hal ini kerana dengan agama, kita akan sentiasa terpandu untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Video Sang Kancil dan Buaya


Nilai yang terdapat dalam cerita tersebut:
  1. Menjaga kebersihan
  2. Jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang belum pasti
  3. Sentiasa mengucapkan ‘Terima Kasih’
  4. Sentiasa mendengar arahan daripada ketua
  5. Jangan suka berbohong


Video Kasih Sayang Persahabatan


Senaraikan nilai yang terdapat dalam video tersebut:


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Fasa dan isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Alat/KBT/Nilai
Fasa 1 : Set Induksi
(5 minit)
Soalan:
Apakah yang anda nampak dan faham tentang video tersebut?

Jangkaan jawapan pelajar:
1. Pantun
2. Lagu

  • Guru menunjukkan video lagu pantun kanak-kanak kepada murid.
  • Guru menyuruh pelajar menyatakan pandangan dan pemahaman mereka melalui video tersebut.
  • Seterusnya, guru mengaitkan jawapan pelajar dengan topik pembelajaran.

ABM: Video lagu pantun kanak-kanak



Fasa 2 : Pencetusan Idea
(10 minit)

Soalan:
Faktor-faktor masyarakat tidak mengamalkan pantun dalam kehidupan seharian

Jangkaan jawapan pelajar:
1. Sikap malas
2. Sibuk dengan urusan atau        kerja
3. Kurang didikan tentang pantun
  • Pelajar menyatakan pemahaman mereka tentang pantun
  • Guru menunjukkan pantun2 yang terdapat dalam lagu pantun kanak-kanak itu tadi.
  • Guru menerangkan serba sedikit tentangpatun.
  • Kemudian, guru meminta pelajar berkongsi pengalaman mereka berkaitan tentang pantun
  • Pelajar diminta menyatakan faktor-faktor mengapa masyarakat hari ini tidak mengamalkan pantun dalam kehidupan seharian.

ABM: Gambar tentang pantun kanak-kanak (slide)

Fasa 3 : Penstrukturan Semula
(10 minit)

  • Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  • Guru akan menayangkan video lagu pantun kanak-kanak.
  • Setiap kumpulan diminta untuk mengenal pasti nilai yang terdapat dalam pantun tersebut.
  • Guru membimbing pelajar dalam memberikan pendapat.

ABM: Video lagu pantun kanak-kanak (ikan kekek)
Fasa 4 : Aplikasi Idea
(10 minit)

  • Guru menayangkan video pendek kepada para pelajar.
  • Guru menunjukkan pantun kanak-kanak kepada para pelajar
  • Para pelajar diminta untuk menyuaipadankan pantun tersebut dengan video yang ditunjukkan
  • Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membentangkan jawapan mereka.
  • Guru meminta pendapat dan komen pelajar lain.
  • Guru meminta pelajar menyatakan pendapat dan ulasan.


ABM: kertas A4, pen marker.
Kaedah: Perbincangan kumpulan dan pembentangan



Fasa 5 : Refleksi (penutup)
(4 minit)
Merumus dan membuat kesimpulan untuk isi pelajaran.
  • Guru meminta pelajar membuat rumusan mengenai pembelajaran pada hari tersebut.
  • Berdasarkan pendapat pelajar, guru menyimpulkan topik pengajaran.




HALAMAN ILMIAH

Definisi sastera dan Kesusasteraan

Sastera dalam alam Melayu lebih dikenali dengan istilah “susastera”. Perkataan sastera berasal daripada perkataan Sanskrit akar kata “sas” yang membawa maksud mengajar dan “tra” merujuk kepada alat/sarana atau juga membawa maksud pengajaran menurut A.Teeuw, 1987 dalam A. Halim Ali (2013). Manakala perkataan “su” pula bermaksud indah atau lebih bermanfaat. Penamabahan imbuhan ‘ke’ dan ‘an’ telah membawa kata terbitan ‘kesusasteraan’. Istilah ini menjadi istilah yang lazim dan popular digunakan bagi menyatakan maksud karya-karya seni yang indah, disampaikan dengan bahasa yang indah dengan tujuan manfaat yang baik atau berfaedah kepada manusia.
          Menurut Hashim Awang (1997) dalam buku yang sama member maksud kesusasteraansebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Ann Jefferson (1994) dalam buku yang sama pula mendefinisikan kesusasteraan dengan makna ‘pengarang menghantar teks kesusasteraan tentang ‘reality’ kepada pembaca melalui bahasa.
          Menurut Siti Hawa Salleh (1997) dalam buku yang sama menyebut, kesusasteraan meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya. Kesusasteraan atau sastera digunakan seiringan dengan maksud sama, iaitu hasil-hasil penulisan walaupun asalnya kata dasar sastera dalam bahasa Sanskrit merujuk kepada tulisan-tulisan yang mengandungi pengajaran, arahan atau petunjuk cara bagaimana sesuatu patut dilakukan.
          Kesimpulannya, kesusasteraan dalam keadaan sifat yang difahami umum tidak lari daripada mendokong empat perkara penting di dalamnya iaitu, member atau menyampaika sesuatu yang bermanfaat kepada manusia, member dan mengesan kenikmatan  menerusi nilai keindahan (estetik), menggerakkan potensi kreativiti khalayak dan menyampaikan khalayak kepada kesedaran tentang hakikat kesusasteraan sebagai wadah pendidikan, hakikat keinsanan serta hakikat ketuhan sebagai pemilik mutlak ilmu dan pencetus ilham dan kreativiti seni kesusasteraan.

Definisi Nilai
Menurut Nik Hassan Basri (2007), nilai dapat didefinisikan sebagai segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan. Dalam nilai, ia berfungsi sebagai:

  1.  Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci dalam Islam
  2. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan
  3. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas-tugas
  4. Menghasilkan perkhidmatan yanag bermutu
  5. Melatih diri dengan disiplin
  6. Menjalankan amanah dengan dedikasi

Kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian

  1. Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni
  2. Mewujudkan masyarakat yang memiliki semangat kejiranan yang tinggi
  3. Mewujudkan masyarakat yang tinggi nilai budi
  4.  Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
  5. Mengangkat citra masyarakat yang memiliki nilai murni yang tinggi di mata dunia
  6. Masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab terhadap orang lain
  7. Masyarakat lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
  8. Kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan kerana sikap prihatin yang wujud dalam masyarakat
  9. Kerajaan dapat merangka pelbagai program untuk membangunkan negara kerana masyarakat memiliki patriotik yang tinggi
  10. Melahirkan masyarakat yang penyayang
  11. Hubungan dalam keluarga akan semakin utuh kerana sikap hormat-menghormati terbina dalam kekeluargaan.

Definisi Modal Insan

Pelbagai definisi yang ditulis oleh para cendiakawan dalam menerangkan maksud modal insan. Menurut Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Bagi insan atau manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal budi atau boleh berfikir atau mempunyai daya upaya. Berdasarkan penjelasan Kamus Dewan, modal insan merujuk kepada harta yang ada pada diri manusia, iaitu akal budinya dan dengan manusia dapat dicapai sesuatu yang lain.
Menurut sebuah petikan dalam Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia, modal insane merupakan individu yang berilmu dan berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.
Modal insan juga merupakan asset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya (Petikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).
Selain itu, istilah insan (ins, nas, unas) ialah istilah al-Quran dan istilah ini merujuk kepada manusia yang menyeluruh dan sepadu. Kata insan diambil dari kata uns yang bererti jinak, harmoni dan tampak atau kata nasiya yang bermaksud lupa atau kata nasa-yanusu yang bermakna bergoncang. Walaupun terdapat sisi pandangan yang berbeza mengenai asal makna insane, yang penting menurut M.Quraish Shihab: “Kata insan, digunakan dalam al-Quran untuk menunjukkan kepada manusia dengan keseluruhannya jiwa dan raga”.
          Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati dan jasmani dijadikan sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah dala sistem pengurusan yang baik dan bijaksana. Allah menghubungkan ciptaanNya yang berupa sumber-sumber yang mempunyai nilai tinggi sebagai rahmat yang perlu diuruskan sebagai amanah. Allah S.W.T telah menunjukkan menerusi al-Quran dan mengambil contoh binaan peribadi Rasulullah S.A.W sebagai modal insan yang terbaik supaya apabila peribadinya terbangun dengan baik, faktor jujur, amanah, ikhlas, adil dan saksama akan menjadi neraca pengurusan.

Kepentingan Modal Insan

  1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”.
  2. Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang dan mempunyai kekuatan moral.
  3. Menjadi negara berbudaya saing dan berdaya maju. Hal ini dapat dilihat dimana tenaga muda merupakan golongan yang berpotensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan. 
  4. Indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi, rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan martabat bangsa.
  5. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. Sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan transformasi total atau perubahan yang meneyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, resa, budaya, dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan, teknologi maklumat, media cetak dan elektronik terhadap manusia. Selain itu, penekanan kepada budaya pembelajaran dalam masyarakat Melayu menuju wawasan 2020.

Kepentingan Modal Insan dalam Pendidikan

Dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan modal insan, aspek pendidikan dan latihan merupakan asas kejayaan kea rah pembangunan modal insan yang cemerlang. Menurut Aidit (2008), pelaburan dari aspek pendidikan dan latihan merupakan pelaburan yang amat penting terhadap sumber manusia. Hal ini adalah kerana seseorang manusia tidak akan dapat menggunakan potensi yang ada pada dirinya dengan semaksimum mungkin sekiranya ia tidak digilap dan diberi pendedahan sewajarnya. Melalui pendidikan dan latihan, bukan sahaja potensi yang ada pada diri seseorang dapat dibangunkan bahkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain juga dapat diserapkan secara tidak langsung.
          Kepentingan pendidikan dalam pembangunan modal insan turut juga diulas oleh Prof. Madya Dr.Hailani Muji Tahir (2008). Menurut beliau, pembangunan modal insan dapat dicapai melalui aspek pendidikan dan tarbiyyah. Pendidikan bermakna memberikan ilmu secara formal, manakala tarbiyyah adalah pendidikan tidak formal. Walau bagaimanapun, pendidikan tidak fomel perlu ada kesinambungan sifatnya. Pendidikan secara formal adalah bentuk pendidikan yang ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta seperti pendidikan awal di Tadika Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Swasta (IPTS).
          Pendidikan yang tidak formal (informal) ianya merupakan satu proses pembelajaran yang diperoleh daripada kehidupan seharian. Misalnya proses pendidikan oleh ibu bapa di rumah kepada anak-anak, program gotong-royong dalam kalangan masyarakat, aktiviti sukan dan rekreasi bersama rakan, bekerja dalam organisasi dan sebagainya. Gabungan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal mampu untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi pengetahuan dan ilmu tetapi juga mempunyai sikap dan sahsiah yang mulia.


          Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, aspek pendidikan penting dalam membangunkan seseorang manusia. Benarlah satu Hadis Rasulullah s.a.w yang menekankan tentang kepentingan pendidikan untuk membangunkan modal insan, “Sesiapa yang ingin mencapai dunia, maka hendaklah mempunyai ilmu dan sesiapa yang ingin mencapai akhirat maka hendaklah juga mempunyai ilmu dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya sekali juga perlulah mempunyai ilmu”. Hal ini dapat dikatakan bahawa dengan adanya ilmu akan lahirlah sikap positif, emosi yang stabil dan seterusnya terbentuklah amalan istiqamah iaitu usaha yang berterusan yang efektif dalam kalangan individu.

 Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang

Menurut Cikgu Tan (2010) pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, “Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.” Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Cikgu Tan (2010) lagi, untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebung”. Banyak membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, “Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.” Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.

Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020 (Cikgu Tan, 2010).

Menurut Cikgu Tan (2010), untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.

Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Oleh hal yang demikian, bidang kesusasteraan merupakan medium yang sangat berkesan dalam memberi pendidikan, pengajaran, dan nilai yang baik dalam membuahkan masyarakat atau golongan belia yang mempunyai modal insan yang berkualiti. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.



Rujukan
A.Halim Ali. (2013). Memahami Puisi Melayu Tradisional. Tanjong Malim. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Aidit Ghazali. (2008). Modal Insan: Membentuk Asnaf Kelas Satu 1/2008, m/s: 6-7. Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor.

Cikgu Tan (2010). Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang. Diperoleh pada 10 April 2014 daripada http://twoohiok.wordpress.com/2010/11/20/cara-cara-yang-berkesan-untuk-melahirkan-insan-yang-cemerlang/

Hailani Muji Tahir (2008). Akidah Asas Pembangunan Modal Insan,  Asnaf 1/2008, m/s: 8-9. Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), m/s 52-57.

Wednesday, 9 April 2014

Lagu Kanak-Kanak


Pantun 




Rasa Sayang-Sayang Hey



Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Sudahlah kita bersukaria
Sampai masa kita berpisah
Terima kasih kepada saudara
Ampunkan saya ada yang salah

Tinggi-tinggi punai melayang
Tinggi rumput dari padi
Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

Lagu Kanak kanak + Pantun Ikan Kekek Mak Ilui


Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung

Dari mana punai melayang
Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Anak Itik Tok Wi



Buah rambutan manis rasanya
Hidup subur di tengah desa
Mari jadi orang berguna
Tolong ayah tolong bonda
                 
Pokok pisang buah sedandan
Habis makan keladi hutan
Doa agama jangan abaikan
Untuk menjamin masa hadapan


Sang Kancil dan Buaya



Kasih Sayang Persahabatan



Monday, 31 March 2014

MARI KITA BACA DAN FAHAM

Nilai-nilai murni yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar.

1.     Baik hati                   
2.     Belas kasihan
3.     Bertimbang rasa   
4.     Murah hati
5.     Faham-memahami          
6.     Pemaaf
7.     Berdikari
8.     Bertanggungjawab        
9.     Jaya diri
10. Berupaya bertindak sendiri       
11. Kesopanan
12. Yakin pada diri sendiri
13. Hemah tinggi                                 
14. Ramah mesra
15. Mengakui kesalahan diri
16. Hormat-menghormati                 
17. Hormat dan patuh kepada ibubapa
18. Hormat kepada orang yang lebih tua
19. Hormat kepada raja dan negara
20. Hormat kepada hak asasi
21. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam
22. Hormat kepada keperibadian  individu
23. Patuh kepada undang-undang
24. Patuh kepada ketepatan masa
25. Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa
26. Menghargai tenaga kerja
27. Menghargai maruah diri                        
28. Kasih-sayang
29. Sayang kepada nyawa
30. Cinta kepada Negara
31. Cinta kepada keamanan dan keharmonian
32. Keadilan                  
33. Adil
34. Saksama
35. Kebebasan
36. Kebebasan di sisi undang-undang
37. Kebebasan dalam system demokrasi
38. Keberanian
39. Berani dengan tidak membuta tuli
40. Berani kerana benar
41. Berani mempertahankan pendirian
42. Berani bertanggungjawab                   
43. Rasional
44. Kebersihan fizikal & mental              
45. Kebersihan diri
46. Kebersihan persekitaran
47. Pertuturan dan perlakuan yang sopan
48. Pemikiran yang sihat dan membina
49. Kejujuran
50. Amanah
51. Bercakap benar
52. Ikhlas
53. Kerajinan            
54. Cekal
55. Daya usaha
56. Dedikasi
57. Gigih
58. Tekun
59. Kerjasama
60. Persaudaraan
61. Tanggungjawab bersama
62. Gotong-royong
63. Toleransi
64. Kebaikan bersama
65. Perpaduan
66. Kesederhanaan
67. Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain
68. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkahlaku
69. Kesyukuran
70. Berterima kasih
71. Mengenang budi
72. Penghargaan
73. Patriotisme
74. Rasional
75. Boleh membuat pertimbangan
76. Boleh membuat penaakulan
77. Semangat bermasyarakat
78. Berfikir logik dan terbuka
79. Bermuafakat
80. Kejiranan
81. Peka terhadap isu sosial dalam masyarakat